Wednesday, July 29, 2009

Tentang Sebuah Kisah

It is a story that I've been keep for years.. A story that was once be so painful..

Inilah sebuah kisah, yang tersimpan dalam. Kisah yang diceritakan, bukanlah sebuah dongengan sang penulis. Mungkin dia terlalu takut untuk meluahkan perasaannya namun dia kuatkan hati dan menulis kisah ini. Kisah yang menyakitkan, dipenuhi dengan pertanyaan, dan juga sekelumit bahagia.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang lelaki yang dalam diam menyukai seorang gadis. Mereka bertemu kembali selepas hampir 6 tahun terpisah. Namun tidak disangka pertemuan itu membawa kepada sebuah cerita, yang sekian lama dia rahsiakan. Mereka bertemu dan pada waktu itu gadis itu telahpun mempunyai seseorang yang istimewa di hatinya. Dan lelaki itu, dia tak tahu mengapa ketika terlihat gadis itu, dia mula menyayangi dirinya walaupun dia tahu bahawa gadis itu bukan miliknya. Dia mula menyimpan perasaan. Lelaki itu dan gadis itu menjadi sahabat yang baik, dia seringkali berkongsi cerita dan masalahnya kepada gadis itu. dan gadis itu menerimanya sebagai seorang kawan baik tanpa pernah mengetahui perasaan lelaki itu. Dan pada suatu hari lelaki itu mengumpul kekuatan dan meluahkan isi hatinya pada gadis itu walaupun dia tahu yang gadis itu telah berpunya.

" Aku sukakan kau."

Namun gadis itu telah menolaknya dengan berkata..

"Aku tahu kau tak sukakan aku sebenarnya, kau rasa kau sukakan aku sebab kita baik dan rapat."

Dan lelaki itu menerimanya dengan terbuka. Mungkin dia sedar tentang kesalahannya itu. Kemudian, lelaki itu jatuh hati pada seorang gadis lain, yang di anggap sebagai orang yang paling disayanginya, dan dia pun mencurahkan segala kasih sayangnya pada gadis itu. Namun dalam diam dia masih lagi tak dapat melupakan gadis yang dia sukai itu. Dia menyangkakan bahawa dia akan bahagia dan terus gembira dengan gadis baru itu, dan dia sememangnya telah jatuh cinta pada gadis itu. Namun disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan lelaki itu tak seindah yang dia impikan. Apa yang dia lakukan sentiasa menjadi kesalahan di mata gadis itu. Pertengkaran sering tercetus dan akhirnya hubungan mereka putus.

Dan lelaki itu mencari kembali teman baiknya itu, menceritakan masalah yang dihadapi dan meminta pendapat, gadis itu seringkali memberi kata-kata semangat dan naihat untuk lelaki itu meneruskan hubungannya dengan gadis baru itu. Mereka kembali bersama, namun pertengkaran dan slah faham seolah-olah menjadi intipati perhubungan itu. Dan lelaki itu kembali mencari teman baiknya meminta nasihat. Dan begitu juga tman baiknya, kadang-kala mencari lelaki itu untuk meminta pendapat ataupun sekadar berkongsi masalah.. Lelaki itu masih lagi menyimpan perasaannya pada gadis itu tetapi dia simpan jauh di dasr hatinya, kerana dia tahu, gadis itu bukan miliknya, dan hanya mimpi dapat menyatukan mereka.

Suatu masa telah berlalu, lelaki itu dna teman baiknya itu masing-masing gagal mempertahankan hubungan mereka bersama teman istimewa masing-masing. Kedua-duanya hanya memendam rasa. Namun lelaki itu tetap menyayangi gadis itu. Dan dia pernah berkata pada dirinya.

" Aku sgt2 sayangkan dia, andai kata kami dapat bersama, biarlah ini yang terakhir."

Dan pada suatu hari, lelaki itu meminta bantuan gadis itu untuk membantunya menyiapkan kerjanya yang terlalu banyak,dan gadis itu bersetuju. Dan pada malam itu, mereka berkongsi dan bercerita tentang hati dan perasaan masing-masing. Dan sedari itu mereka mula rapat, lebih rapat daripada hubungan teman baik. Masa terus berlalu, namun mereka tetap dengan dunia mereka. Dan lelaki itu mula kembali menyayangi gadis itu. Dan dia hanya menyayangi gadis itu. Perhubungan mereka semakin rapat melalui jarak jauh, dan mereka dirapatkan dengan kecanggihan teknologi, sms dan call.

Pada penghujung semester 4, lelaki dan gadis itu berjumpa. Dan mereka bercerita tentang segalanya yang indah. Tanpa lelaki itu sedari, gadis itu dalam diam juga mula menyukainya. Namun kerna masing-masing masih lagi sedang mengubat luka, mereka pendamkan keinginan untuk bersama. Sehinggalah pada suatu hari mereka keluar bersama, lelaki itu berkata..

"Sudikah awak menjadi milik saya?"

Dan gadis itu menjawab (dengan senyuman)..

"Saya sudi."

Dan sejak dari itu mereka bersama. Mula melukis kisah mereka dan mewarnainya dengan pelbagai warna kebahagiaan. Dan lelaki itu bersyukur akhirnya, gadis yang dia sayang sejak sekian lama, yang mana dia hanya bermimpi untuk bersamanya, kini telah menjadi miliknya. Dan akan dia pastikan tiada lagi kesedihan terukir di bibir gadis itu, dan biarlah senyuman bahagia yang terpapar di wajahnya. Kerana lelaki itu terlalu mencintai gadis itu, dan lelaki itu berkata pada dunia.

" Hanya ada seorang Abdul Rahman dan seorang Hanifatiah Hanim, dan hanya kami menjadi Abhan Fatra."

Dan lelaki itu berdoa,
supaya hubungan yang mereka
miliki kini akan terus kekal
dan mereka akan terus bahagia
di dalamnya.

Tuesday, July 14, 2009

~MUET~

Hurm,xda bnyk yang nk diceritakan disini.. I've just checked my MUET aka Malaysia University English Test,and i got band 3.. Sedihnya.. =(


p/s: thanks syg for always be there for me..